Red smooth Live

Hello

WelcomeHello . Plize Be Nice Here kayy :D


Story | About |


Meet Me At Here :)

Template: Facebook
a lot of questions...in my mind~
Dahulu desis hati ku kesah pilunya kerana kasih cinta dan nista itu masih bersama ku.. Bukan hasrat ku bermain kata menulis puisi cinta tapi ianya teras agas puisi hiba alunan jiwa ku yang merindu kasih. Laksana sang pungguk yang melihat indahnya bulan tapi tak terdakap lalu menyiulkan bunyi panggilan sayu..

Aku pilih untuk berkata bahasa pilu sebagai ganti puisi cinta yang seharusnya menjadi mainan pujaan jiwa ku.. Yang jelas atlasnya itu puisi hati, kata hati ku yang duka pilu mengenang nostalgia yang kata-kata cinta terbenam dibenaknya..

Merindukah aku? Merindukah kamu? Tiada yang dapat menyangkal lumrah insani yang indah di helaian kutub hati. Bukan puisi tentang cinta tapi bait kata-kata puisi hati yang telus jelas nyata membalikkan sesuatu yang disebaliknya. Aku jujur.. Kamu juga jujur mahunya tanpa perlu tahu tentang hiba hinanya aku



awk.. boleh saya bertanya?

Adakah awk tidak pernah terfikir tentang sy? Apakah awk tidak pernah terlintas akan nama ku, senyuman ku, kasih sayang ku di mainan jalanan hari-hari mu? Tiadakah sekelumit kenangan manis antara kita dahulu yang bisa membuat kamu tersenyum?

awak.. boleh saya bercerita?

saya rindu awak, sentiasa ingat awak.. Kadang tikanya ada yang berlalu melintasiku memakai baju melayu hijau di mana-mana dan tanpa sedar air mata jernih ku mengalir.. ingat kan awak... ingat kan awak.. rindu sungguh pada awak..

awak.. boleh saya bertanya lagi..?

awak bahagia di sana? awak gembira di sana? Senyumkah awak di sana? Tawa kah awak di alam tanpa ku? Telah ketemu kah selaut bahagia yang awak cari, seluas angkasa indah yang awak dambakan? Sejuta ketenangan hati yang awak impikan?

awak.. boleh saya bercerita lagi?

saya rindu awak, sentiasa memandang awak.. saya tahu hati awak milik orang dan saya terima dengan hati yang suci, ikhlas kerana saya mahu lihat awak bahagia. Dan laksana itu awk menjauhkan diri membawa kata hiba untuk diri ini. Tiap kali saya memandang bulan purnama yang jauh, itu bagai awak pada mata jiwa ku.. saya memandang awak yang bercahaya gembira di sana... Dan maha sesungguhnya saya mahu berada di samping awak bertawa gembira, bercahaya purnama tapi saya pilih untuk melihat dari jauh demi bahagia awak, demi gembira kamu hati ku terpaksa ku tahan pedihnya..

awak.. boleh saya bertanya?

Kenapa airmata ku mengalir tika menitipkan kata monolog jiwa ku ini? Sengsara kah saya? awak...


Older Post | Newer Post